Nota Penulisan cerpen daripada Dr Saadiah Shuib

 

 Wujudkan watak dan perwatakan

  • i. Watak hero atau heroin (penulis sendiri) sama ada penulis ingin menggunakan sudut pandang pertama (aku) atau menggunakan sudut pandang ketiga dengan memberikan nama (Rokiah). Boleh pilih.
  • ii.mengisahkan watak hero yang putih/protagonist (bukan watak hitam/antagonist)
  • iii.Mengisahkan konflik (mesej) yang idialami oleh penulis (watak utama) yang ingin dikongsikan kepada pembaca.
  • iv.hero/heroin mempunyai kisah silam bersama MEREKA YANG PERGI. Pilih seorang sahaja yang telah pergi. Siapa? Terpulang kepada penulis siapa. Contohnya ibu, ayah, adik, kakak, abang, datuk, nenek atau sesiapa sahaja  yang menjadi idola kepada watak utama yang dapat membentuk kekuatan hati, tingkah laku dan sebagainya kepada pembaca.  
  • v.apabila memberikan nama pada watak, berikan nama yang pendek (mudah diingat pembaca, jimat ruang, mudah disebut, sesuai mengikut masa). Suka saya ingatkan, walaupun karya kita berdasarkan kisah benar dan watak dalam cerita itu adalah watak benar contohnya Muhammad Fahmi Izat. Mohon menggunakan satu nama sahaja contohnya Fahmi atau Izat sahaja.
  • vi.Watak maksimum 5 sahaja. (watak utama seorang dan watak pembantu 4 orang) bermaksud watak dalam karya harus  hidup yang mempunyai dialog.

Wujudkan watak dan perwatakan ini penting ya. Penting supaya semasa para penulis menulis, tidaklah sampai 10 orang watak dalam karya mereka. Para penulis harus faham cerpen tidak boleh terlalu ramai watak seperti novel.

Watak yang diwujudkan haruslah mempunyai kaitan antara satu sama lain. Setiap watak perlu ada, sama ada dialog, monolog atau monolog dalaman. Terpulang. Jika hanya naratif itu bukan cerpen. Itu rencana, artikel, atau dokumentari.

Dalam penulisan cerpen tiga watak sudah cukup untuk menggerakkan PLOT. Kalau 2 watak, tentu konflik yang diwujudkan nanti tergantung. Watak ketiga itu, wujudkan terus pada awal cerita kerana setiap watak saling berkait antara satu sama lain. Maksudnya ada hubungan silaturahim dengan watak utama atau watak kedua.

CERPEN harus mempunyai PLOT.

PLOT ialah  jalinan peristiwa dalam sebuah cerita berdasarkan hukum “asbab” atau ‘sebab* yang  menyebabkan berlakunya akibat  membuatkan sesebuah cerita itu berjalan (dari satu peristiwa kepada peristiwa yang lain. Saling berkaitan).

Dalam plot ada sub plot  

1.   Plot mudah (plot kronologi) - plot ini biasa digunakan oleh penulis penulis baharu yang baru menceburi bidang penulisan.

2.  Plot kompoun (plot bukan kronologi)  - plot ini digunakan oleh penulis-penulis yang sudah biasa dalam penulisan kreatif  bermaksud bukan penulisan ilmiah seperti tesis, rencana, artikel, dll.

3.   Plot kompleks  (plot bukan kronologi) - plot ini juga digunakan oleh penulis-penulis lama yang sudah biasa dengan penulisan kreatif.

Dalam Plot Induk ada subplot. Subplot dalam penulisan cerpen biasanya ada tiga sahaja. Subplot ialah konflik atau isu yang diketengahkan dalam penulisan cerpen.

Tanpa konflik cerpen tidak akan indah.  Oleh itu, dalam penulisan cerpen harus ada konflik Ada pelbagai konflik yang boleh digarap oleh para penulis.

Para penulis digalakkan membuat mind maping dan mencari konflik yang perlu diwujudkan.  Saya berikan contoh ‘mind map’ sebagai untuk PLOT yang mengandungi 3 konflik.  Konflik 1 (masalah kewangan),   Konflik 2  (masalah agama),  Konflik 3 (masalah kerjaya).

Contoh KESELURUHAN PLOT  

CERPEN harus mempunyai PLOT jika tiada plot  bermaksud bukan cerpen mungkin ANEKDOT.  Menulis anekdot tidak perlu ada plot  berbeza dengan cerpen. 


1.  PLOT MUDAH

#   Penulis pemula akan menulis mengikut kronologi. Permulaan dengan pengenalan watak utama (protagonist) dalam Comfort Zone/non-conflict.

Boleh tulis tempat dan masa di mana kisah ini terjadi. Kemudian perkenalkan isu atau konflik atau peristiwa yang berlaku. Isu akan menjadi besar dan menjadi konflik. Konflik terjadi disebabkan beberapa sebab dan mengakibatkan perkembangan watak utama (protagonist). Peristiwa demi peristiwa berlaku sehingga kepada klimaks. Walau bagaimanapun, peranan kita sebagai penulis, harus bertindak secara rasional bagaimana untuk mengakhiri karya dengan membawa pembaca agar cakna kepada agama ISLAM dan ajaran ISLAM yang amat mementingkan hubungan ber SILATURAHIM yang mampu  meluaskan alam kubur kita kelak. Aamiin YRA.

2.  PLOT KOMPOUN.

#   Penulis akan menulis dengan memperkenalkan  watak utama (protagonist) menggunakan teknik flash back (imbas kembali). 

Dalam flash back, ada peristiwa yang watak utama hadapi. Penulis digalakkan untuk masukkan  emosi/Plausibility dan dramatik dalam karya mereka melalui flash back.  Tentu ada peristiwa atau konflik yang dihadapi oleh penulis (watak utama) dalam kehidupannya bersama MEREKA YANG PERGI iaitu orang yang mereka sayang.

Apabila  pembaca membaca hasil karya penulis  akan menyebabkan pembaca terpaku membaca dan menyebabkan mereka akan terus membaca tanpa henti sehingga selesai. Kreativiti penulis yang dapat masukkan feel  atau senses menyebabkan pembaca yang membaca karya mereka  dapat meruntun hati pembaca. 

Tahniah kerana  penulis berjaya menjadikan karya mereka karya terbaik sehingga menyebabkan pembaca menitiskan air mata. Nak tahu, hasil karya penulis dapat meruntun hati pembaca atau tidak, berikan karya tuan-puan kepada seorang rakan untuk membaca dan minta rakan itu memberikan komen.  Dari situ, para penulis akan tahu sama ada hasil karya para penulis itu berjaya menyebabkan pembaca menitiskan air mata atau  penulis hanya syok sendiri,😁

Jangan lupa, penulis harus memastikan karya mereka mempunyai dialog, monolog dan monolog dalaman.  Itulah dinamakan CERPEN Kalau tak ada... bukan cerpen.😊

3.  PLOT KOMPLEKS

#   Penulis akan menulis dengan terus memperkenalkan konflik yang dihadapi oleh  watak utama (protagonist) menggunakan teknik foreshadow  bayangan awal atau jangkaan watak utama pada peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan. Teknik ini sering  digunakan dalam sesebuah filem. Karya penulis bermula di sini dan pengakhiran cerita juga berakhir di sini.

Penulis kemudiannya memasukkan flash back yang mempunyai unsur-unsur lain seperti ketegangan, suspens, kejutan, misteri dan lain-lain yang bersesuaian dengan genre. Konflik demi konflik berlaku. Dalam sesebuah cerpen hanya ada 3 konflik sahaja kerana cerpen pendek hanya sepanjang 1600  hingga 2000 patah perkataan tidak seperti filem yang panjang sehingga tayangannya di pawagam boleh menjangkau sehingga 2jam. Begitu juga dengan drama bersiri di televisyen ditayangkan lebih kurang 9000 patah perkataan (skrip).

Dalam penulisan cerpen harus ada PLOT atau konflik.  Semua konflik dalam cerpen itu menyedarkan, menginsafkan, penulis  untuk menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam. Dalam perkataan lain, penulis dapat mencerdikkan bangsa. 

Kita bukan menulis untuk saja-saja. Bukan menulis sekadar hiburan. Bukan juga menulis untuk mengisi masa lapang. Tujuan kita menulis adalah untuk dakwah yang menjadi tanggungjawab semua yang beragama Islam yang harus kita lestarikan untuk membangun minda generasi muda. Semoga hasrat kita untuk melahirkan karya yang teruji kekuatannya bukan sekadar angan-angan kosong dan semoga pahala penulisan ini terus mengalir selagi buku ini diterbitkan dan dibaca oleh khalayak pembaca. Aamiin YRA.


CERPEN mempunyai KONFLIK.

Apa itu Konflik?:  

Konflik atau peristiwa hero atau heroin dengan MEREKA YANG PERGI 

- Saya berikan contoh: Konflik seorang anak yang sering gagal mengikut nasihat ibunya. Ketika itu ibunya masih hidup. Apabila ibunya telah meninggal dunia, penyesalan berlaku. Hero atau heroin insaf atas sikap tidak mahu mendengar nasihat ibu. Pengakhiran cerita, hero atau heroin berubah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana nawaitu kita menulis, memang hendak membawa pembaca ke jalan Allah SWT.

- Penulis juga boleh menceritakan peristiwa*yang tidak boleh dilupakan oleh hero atau heroin dengan *MEREKA YANG TELAH PERGI Contohnya ayah yang telah berusaha mengubati penyakit hero atau heroin.  Dalam proses untuk mengubati penyakit hero atau heroin, pelbagai lagi konflik dihadapi contohnya masalah kewangan (tidak cukup untuk membiayai),  masalah kenderaan (hanya ada motosikal buruk yang telah botak tayarnya) atau apa-apa sahaja peristiwa yang telah mengubah The Normal World watak hero atau heroin.  

- Ayah kemudiannya meninggal dunia. Peristiwa pemergian ayah tidak akan dapat dilupakan.  Konflik yang dihadapi oleh hero atau heroin boleh sama ada external conflict  atau internal conflict.                                                                 

Penulisan memerlukan

1. Pengalaman rakan  -  85%

2. Pengalaman sendiri  - 70%

3. Trending – 65%

4. Research& Rujukan& Pembacaan -  55%

5. Unik & Pelik  - 40%

Previous Post Next Post